Wahh..too many things happened in so little time..
Well maybe some of you guys already knew, my father in law has just passed away last Monday, 25th March 2013..semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..amin..Al-Fatihah
Al kisahnya, aku and family memang balik Alor Setar Sabtu lepas, purposedly routine visit la my FIL..then lepas rasa puas, wifey pun ajakla balik Putrajaya malam tuh lepas Isya' kot..sebab kami tak plan untuk cuti Isnin keesokannya.
After a long tiring driving malam tu, dalam jam 4.30am sampaila rumah di Putrajaya. Angkut barang, angkut anak naik bilik, then tido la kejap sementara nak tunggu pagi before bangun Subuh and siap nak pegi kerja. Suddenly, at 8.00 o'clock lebih kurang, wife dapat sms dari adik ipar stating "kak, ayah dah xdak dah"..MasyaAllah..Innalillahiwainna ilahirojiun..
Then, beg yang angkat beberapa jam lepas pun tak sempat punggah lagi, terus kemas balik apa yang patut angkut masuk kereta semula and patah balik semula ke Alor Setar. Mula-mula aku pertimbangkan jugak nak balik dengan flight jam 1.45pm hari tu, tapi bila fikir balik nanti payah pulak nak gerak masa kat sana nanti..Tapi masa kitorang sampai, arwah dah selamat disemadikan..takpelah tak lah ralat sangat sebab dah jumpa arwah boleh dikatakan sampai saat akhir dia lah malam tu before balik Putrajaya
Putrajaya-AOR-Putrajaya-AOR-Putrajaya in 4 days
Altogether lebih kurang 2,000km milage sepanjang 4 hari tuh. Hari ini baru aku sampai balik ke Putrajaya solo, wife dengan Amaani stil di kampung. Esok Khamis diorang balik sini dengan flight. Saja bagi masa lama sikit untuk wife teman mak kat sana.
Then petang tadi, dapat satu e-mel dari JPA bagitau, aku salah sorang dari 20 orang yang terpilih untuk program Executive Development Program, COTI di Korea pada 7 - 20 April 2013.
Alhamdulillah thanks to Allah atas rezeki ini. Mungkin inilah hikmah terhadap apa yang berlaku dalam tempoh terdekat ni. Berkenaan COTI ni aku akan akan update kemudian di lain rancangan ya.
Sedikit petikan hadis untuk renungan bersama:
Doa Nabi s.a.w. kepada Abi Salamah r.a. ketika kematiannya sebagaimana yang diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a.:
“Rasulullah s.a.w. masuk kepada jenazah Abu Salamah (pada hari kematiannya) dan sesungguhnya matanya terbuka, lalu baginda memejamkannya (yakni baginda menutup kelopak matanya dengan tangan baginda). Kemudian Nabi bersabda: “Sesungguhnya ruh ketika dicabut, diperhatikan oleh mata (yakni ketika ruh ditarik keluar dari badan, mata melihat ke mana ruh pergi)”. Lalu beberapa orang dari keluarganya berpekikan. Maka Nabi bersabda: “Janganlah kamu menyeru kepada mayat-mayat kamu melainkan dengan suatu kebaikan kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan”. Kemudian Nabi s.a.w. berdoa:
اللَّهمَّ اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ
“Ya Allah! Berilah keampunan kepada Abi Salamah. Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk. Jadilah penggantinya bagi anak-anaknya yang masih tinggal. Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya, wahai Tuhan sekelian alam. Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya di dalam kuburnya”.
(Riwayat Imam Muslim)
Hadis di atas menjadi dalil bahawa doa orang hidup akan memberi manfaat kepada si mati sekalipun doa itu bukan datang dari anaknya.
takziah dan tahniah.
ReplyDelete