Wednesday, April 24, 2013

Day 2 in Korea: Odyssey in Korean History, Global Trends of Modernization Korea & NANTA Performance!

Continue..

Selepas breakfast, gerombolan dari Malaysia bertolak dari hotel  lebih kurang jam 8.00 pagi. Breakfast spread okay la. Tapi aku just amik roti croissant, bun and butter+strawberry ja, Nasi ada jugak sape-sape yang nak makan. Lauk pauk pun ada beef, chicken and seafood. Since dah ada beef bagai, so a big NO for me. Drinks okayla ada 3-4 jenis.

Sebelum tu, meh aku perkenalkan delegasi-delegasi dari Malaysia untuk program EDP ke 66 di COTI kali ni:

Jordan from JPM, Sallehuddin aka Hud Dean from Istana Perlis, Abdullah aka Pak Lah dari KPKT,  Shahril dari KDN, En. Othman dari Perhutanan Perak, Haizan dari Jab. Penjara, Safrudin dari KSM, Suraya aka Aya dari Audit, Fauzulizami dari MOE, Syena dari KSM, Eda dari JPA, Rafidah from KPWKM, Che Sally dari MOH, Hanie from MOH, Herlina from MOE, Lofina from NRE, Eny from KKLW, Ifah from SUK Kelantan dan Devi from NRE.

*Note: Gambar di bawah tak ikut susunan nama di atas ya. Those photos below are in random sequence ;)



Bas memang dah tunggu dekat lobi hotel. Jadual hari ni adalah majlis perasmian program EDP ni secara rasmi.  


Kemudian diteruskan dengan sesi kuliah pertama bertajuk Odyssey in Korean History by Dr. Kim Seong-Kon, Professor dari Seoul National University yang juga merupakan President of Literature Translation Institute of Korea.



After lunch, kitorang dibawa melawat kawasan COTI oleh Mr. Park. Mr. Park adalah pegawai penyelaras bagi program EDP COTI ni. Excited masing-masing sebab rasa cantik sangat even dalam compound COTI itself!

Hiks.





Selepas tu, sesi kuliah diteruskan dengan tajuk Global Trends of Administrative Modernisation and Korean Experience by Dr. Kim Pan-Suk, Dean at Yonsei University. He is also a President at IIAS. 

Semua lecturers yang dipanggil untuk bagi lecture kat kitorang all verse in English. And pada masa yang sama memang dapat tengok a very active participation between us and the lecturers during class session. Positive.



Lepas kelas, naik bas dan pulang semula ke hotel di Seoul. Our hotel situated right in the middle of Seoul. Yang paling best, just 3 minutes walking distance dari Subway stesen Eujiro 4-sa-ga. Very convenience.




Malam tu kitorang dibawa tengok live performance kt Myeong-dong. Korean Contemporary Performing Arts “Nanta”.  Very nice performance. Mula-mula ingatkan just persembahan main alat muzik tradisional Korea ja. Tapi rupa-rupanya it’s like a theater, berlakon but less talking. Just mainkan mimik muka berdasarkan situasi tertentu yang dinyatakan melalui skrin besar kepada penonton. Actually scene malam tu ialah:



>>Pengurus kitchen hotel hantar anak saudara dia yang tak pandai masak ke kitchen hotel - join dengan staf yang lain - misi adalah untuk masak dish befday party – ada pelbagai kisah lucu along the way – selang-seli dengan persembahan musical dance – then sambung berlakon – sekian>>




Sangat menghiburkan. Musical theater I must say. Pusing-pusing kejap kitorang kat kawasan Myeong-dong tu before masuk teater tadi. Time nak balik dah hujan lebat. So berlari-lari anak la semua ke Subway stesen Myeong-dong untuk balik ke hotel. 

Cadangan asalnya Mr. Park ajak balik jalan kaki je ke hotel. Dekat je pun, Dalam 15-20 minutes walk. Kalau jalan, bolehla sambil-sambil tengok kawasan sekeliling dengan lebih dekat kan. 

Takpelah next time. Malam tu takde rezeki.

The end of day 1.

No comments:

Post a Comment