Meh aku nak sambung apa yang aku kena tanya masa interview hari tu. Tujuannya satu ja entry ni. Mesti ramai yang perlu untuk jadi guideline atau rujukan bila dipanggil interview in future kan. Macam aku dulu la dok cari info kat blog-blog. Tapi nan hado!
Buka buku masing-masing. Catat apa yang patut ya.
Setiap kali masuk dia randomly panggil 3 orang sekaligus. Aku kena dengan calon dari MOA dan dari MKN, JPM. Panel pulak ada 2 orang. Aku tak sure apa kriteria untuk jadi panel tapi obviously those 2 panels pernah join COTI sebelum ini. And aku dapat tau yang salah sorang panel yang inteview aku tu adalah Ketua Panel daripada kesemua 6 bilik yang ada kat situ.
Dalam erti kata lain, aku diinterview dalam bilik yang mengandungi Ketua Panel! Paham tak? Tak paham? Sudah, tutup. Esok baca balik baru paham kot. Hiks.
So macam biasa ada sesi BM and BI. Panel tanya sapa nak mula dulu. Aku tengok diorang lain senyap, so meh la aku volunteerkan diri. First dia suruh perkenalkan diri apa yang patut dan seterusnya bagitau apa expectation from joining this program.
Then soalan yang sama untuk lagi 2 orang tu. Aku dengar jek la yang lain-lain tu bagitau serba sikit pasal diri dan harapan diorang. Ada sorang tu cakap dia peminat Man Utd (dengan bangganya) sekali panel tu cakap, dia "orang no 1 yang paling benci Man Utd". Nah ko. Jackpot! Hiks
Lepas tu dia tanya apa persediaan untuk ke Korea ni. Apa yang kita tau pasal hal ehwal pentadbiran Korea. Apa Dasar Pandang Ke Timur yang diamalkan oleh Korea, dan diamalkan di Malaysia. Apa budaya Korea yang diketahui. Apa hubungan Bilateral antara Malaysia-Korea. Apa jenis barang import eksport Malaysia Korea. Siapa Presiden Korea sekarang.
Tak semua orang dapat atau kena jawab soalan-soalan tu. Macam randomly dia tanya you, you and you. Tapi after setiap soalan tu, dia akan open to floor sapa yang nak tambah atau bagi pendapat jugak. Aku rasa aku bagi pendapat dalam semua soalan-soalan tuh kot.
Hiks.
Last sekali, dia suruh kitorang bincang bertiga dan buat satu persembahan kepada orang Korea (kononnya diorang 2 tu orang Korea la). So aku lead la diorang tu bincang, then decide nak buat simple Dikir Barat performance. Haha. Boleh la. Ada tukang karut, ada yang main gong, ada yang tukang ikut. Aku yang mana? Haha. Adalah!
Dah habis tu, maka selesailah sesi interview kitorang petang tu. Dalam sejam jugak la rasanya duduk kat dalam bilik tu. Lepas habis buat wrap up, kitorang pun bersalam-salam and wish masing-masing good luck la kan untuk result nanti.
Macam tu la lebih kurang sesi interview untuk program COTI ni. Rupa-rupanya ada few batchmate aku yang pun sama mintak and dipanggil kali ni. Jibo Jerks MOH, Rezal INTAN, Maya INTAN, Aaina MAMPU, A'ina EPU, Tene MOTOUR, Dayah JPA and Sabri BTN.
Peluang untuk dapat? Hmm aku payah nak agak jugak tu. Dari segi performance sendiri tadi, rasa macam dah all out and give the best dah masa tu. Panel pun nampak okay dengan jawapan and respon aku. Entahla. Tu 'perasan' aku jek kan. Tapi mengenangkan bilangan yang dipanggil interview 200, yang nak diambik pulak hanya 20 orang ja, macam masak jugak la. 1/10 nisbah dia. Apa pun berserah sahaja sekarang dan kalau ada rezki aku ke sana, in sha Allah dapat la kan. Kalau sebaliknya, redha dan pasrah jek la. Hiks. Katanya results 25hb nanti via website JPA.
Watammat. Dah, apa korang tunggu lagi? Apa?? Nak nota fotostatt soalan interview tu??
*pitamm
wey.. semoga dpt pegi !
ReplyDeleteTq meng. Mudah-mudahan murah la rezki aku dapat p tengok jejak kaki ko ari tuh. Hiks
ReplyDeleteAdehh. dia postpone plak result tu ke satu tarikh yang akan dimaklumkan. Sabo jek la
ReplyDeleteTumpang tanya, u pg interbiu ni utk gred 41 and above ker?
ReplyDeleteYup. This one untuk yang junior officer..gred 41 & 44
ReplyDeletehai azreen kan..
ReplyDeleterenny ni, ur batch and kalau u tak ingat kawan lim ai rin. hehehe
BTW, thanks for the sharing. Baru-baru ni, ada juga mohon COTI tapi tak lepas kat Kementerian sebab terlalu banyak saingan. Tapi hopefully next time, sy nak cuba lagi.