Day 8
Sebenarnya aku lupa cakap dalam entry sebelum ni. Selepas balik dari cycling pagi tu, kitorang terus menuju ke kampus COTI untuk program seterusnya. Program tu ialah program keluarga angkat bersama keluarga Korea.
So masa menunggu ketibaan keluarga-keluarga Korea ke kampus COTI tu, kitorang sempat la dok berangan macam mana la keluarga angkat masing-masing. Ada dapat yang kaya kah, yang sederhana kah, yang susah kah. Haha. Tapi daripada kereta-kereta yang masuk ke COTI, waaa semuanya kelihatan macam keluarga dari area Gangnam (Actually Gangnam memang suatu kawasan yang elit di Seoul ok).
Finally aku dan seorang lagi member, Hud Dean ditempatkan dengan family Ms Kim. (matila tak ingat nama penuh 'mak angkat', haha). Tapi kalau korang nak tau, mak angkat aku adalah yang paling muda kat situ. DAN yang lebih penting, dia lah 'mak angkat' yang paling hott ok! Ada ala-ala pelakon Korea dalam cerita Full House tu. Haha. Hiks.
Dia ada 2 orang anak lelaki. Kim Song-Min dan Kim Song-Bin. Agak lincah dan manja. Jenis cepat mesra dengan orang luar. So sepanjang hari tu memang sesi beramas mesra ja la dengan keluarga angkat. Diorang ni tinggal kat apartment. Rumah takdela besar sangat. Ada anjing sekor. Hiks. Tapi agaknya sebab tau kitorang ni Muslim, anjing tu dikunci di luar, di balkoni rumah.
Tapi kereta ada 3 bijik. Kelas mewah plak tuh. Kereta Hyundai. Satu Hyundai Starex. Satu Hyundai Grandeur kot (takde model ni kat Malaysia). Satu lagi apa entah. Tak perasan pulak. Husband dia Manager dekat Hyundai. Tapi jarang ada dekat rumah.
Ooo. Patutla kereta Hyundai banyak. Hiks.
Malam tu dia bawak kitorang pegi ke program komuniti kat kawasan tu. ada nyanyi-nyanyi. Main games. Setiap family akan buat persembahan. Fun jugak la.
Day 9
Awal-awal pagi kitorang breakfast sama-sama dekat rumah. Makanan biasa Korea. yang pasti ada kimchi, ada soy milk. Bolehla. Sedap.
Then rupa-rupanya dia dah plan dengan mak-mak angkat yang lain nak bawak kitorang termasuklah few other families yang join program anak angkat ni pegi muzium kawasan tu. By the way, kawasan rumah diorang ni adalah Yongin. Lebih kurang 1-2 jam dari Seoul.
Pegi muzium. Agak dull la. Haha. Tapi layan jek la.
Persis gaya Raja Muda lawat kawasan x? Hiks |
Tengah hari pegi lunch kat restoran Korea ramai-ramai. Pastuh, dalam jam 4.00 petang kot, dia pun hantar kitorang balik ke hotel di Seoul.
Actually experience tinggal dengan family Korea ni nice jugak. Korean people are very nice in treating guest. Cuma aku harap in future JPA akan panjangkan tempoh untuk program ni. 2 days 1 night macam agak singkat untuk betul-betul feel dengan real life of a Korean family.
Dekat hotel, malam tu macam biasa merayap ke area Dongdaemun and Insadong cari barang. Hiks.
Day 10
Waa hari ni ada misi yang lagi penting. Kitorang akan mendaki Gunung Cheonggye di Gyeonggi Province. Lebih kurang 45 minit perjalanan dari Seoul. Sesampai di kaki gunung, stretching lebih kurang.
Kitorang dipecahkan kepada 4 kumpulan. So hari tuh kitorang berpakaian ikut grup masing-masing. Grup aku color hijau pucuk pisang, kot? Hiks. Grup aku ada En. Othman, Aya, Syena and Hanie. Tinggi gunung tu setakat 615 meter dari aras laut ja. Tapi laluan agak berliku. Ada turun naik.
Sepanjang perjalanan naik kitorang berhenti dekat 3 check point. Setiap check point ada games-games tertentu. Fun jugak.
Lastly dalam 2 jam pendakian (jalan slow-slow ikut pace semua orang), sampaila kat atas tu. Makan bibimbap yang dibekalkan. Macam sushi jek. Tapi belasahla. Aku tak berasa lapar sangat pun. Penat pun tak berapa sangat maybe sebab sejuk kot. Memang sejuk. Dalam 8 degrees hari tu.
Kat atas lepak-lepak kejap, amik gambar lebih kurang, then turun semula. Terus naik bas balik ke hotel.
Esok akan menempuh perjalanan yang lebih jauh. Dan mengambil masa 3 hari 2 malam.
ramai nyer peserta COTI
ReplyDeleteMmg every year dalam 20 org peserta COTI. 10 m, 10 f
DeleteHi. Terjumpa blog saudara sebab prepare utk interview coti. Adakah sambungan kepada posting ada di blog yang lain? apa berlaku pada hari2 berikutnya? :D jika ada link lain harap dapat share di sini atau direct ke emel saya hafiz.jmti@gmail.com
ReplyDelete