Sempena hari jadi aku yang ke xx, wife and Amaani ajak pegi
celebrate dekat tepi pantai.
Aku on je. Ye lah
selain depa dapat seronok aku pun dapat ambil kesempatan untuk relax.
Yang paling best
nanti I believe Amaani la. Swimming pool yang best dan beach yang boleh la akan
menjadi hidangan dia sepanjang 2 hari 1 malam kat sana nanti.
Tapi sebelum bertolak menuju ke PD, wife dah janji dengan
sorang tailor kat KL nun nak hantar kain untuk buat baju. Maklum la penghujung
Mac nanti ada wedding kezen, so dia nak buat la baju baru. Aku malas la nak
buat baju ke ape ke, pakai ja apa yang ada. Hiks
Tapi dalam perjalanan dari Putrajaya nak ke KL tu, aku lalu
ikut MRR2. Sampai dekat area jerat Cina berhampiran susur Bandar Tun Razak tu,
jalan jem gila! Tak gerak langsung kot. Aduhh.
Last-last aku decide call tailor tu, bagitau kitorang hantar
kain tu next week la. Tak sanggup teman nak berlama-lama dalam jem cenggitu.
Amaani pulak dah tak sabar-sabar nak kecebur kat hotel katanya. “Papa, papa
bila kite nak sampai hotel ni..?”..Begitu soalan dia sejak sebelum naik keta
lagi.
Okaylah so lepas dah decide nak teruskan je perjalanan ke
PD, aku pun u-turn somewhere near Pandan kot, terus menghala semula ke Selatan.
Aku ikut highway kat Tol. Sg. Besi tuh. Then sampai kat
Petronas one stop centre kat Seri Kembangan tu (ala yang ada macam-macam tu la,
Starbucks la, Subway la, KFC la etc) berhenti pulak nak topup smart tag, beli
newspaper and tak lupa jugak selesaikan apa-apa urusan di tandas. Hiks. Masa
lalu sebelah Subway tu tempting ja nak beli apa-apa tapi wife cakap tak payah
la.
Ok fine.
Dah lepas tu kitorang gerak terus . Bila sampai ja dekat
area RnR Seremban, Amaani tiba-tiba cakap lapar pulak. Adehh. Terpaksa la
divert lagi route ke RnR Seremban tu. Then Nampak sign Dunkin Donut kat
Petronas situ, and memang kudapan favourite Amaani is Donut biasa tu. SO tapau
la dalam 2 ketul kat dia. Wife pun kata dia lapar jugak. So untuk wife dapat la
croissant tuna ape ntah kat dia. Untuk aku? Air mineral sebotol. Jadi la.
Dah-dah. Asyik melencong ja perjalanan ni. Ayuhh teruskan perjalanan menuju ke puncak!
Begitu bunyi nya kata koo. So kali ni takde divert-divert dah. Perjalanan
diteruskan sampaila ke exit PD, then terus ke pekan Port Dickson.
Nah layan dulu gambar-gambar capapan yang tak seberapa ni.
Mulanya nak amik gambar start dari KL lagi. Tapi tau lah aku, asyik lupa ja. Ni
pun wife yang pegang handphone. So ada la sekeping dua gambar kan.
Gambar-gambar picisan, silakan masuk.
|
On the way |
|
Sayup pandangan |
|
Budak yang excited |
|
Baru sampai simpang 3 PD |
Dah sampai pekan PD tuh, mula-mula kitorang terus cari
kedai-kedai makan kat tepi jalan je. Nak tapau siap-siap before sampai hotel.
Okay ni pintu masuk ke Thistle Hotel Port Dickson
Urusan check in agak ambil masa. Entahla. Rasa geram jugak
kat sorang mat salleh depan aku tu. Macam banyak pulak soalan dia dekat minah
di kaunter check in tu. Then sampai giliran aku.
Lepas dia check details aku apa semua, she smile and wish me
“Happy Birtday, En. Azrin!”. Wahh!! Haha terkesima rama-rama aku di situ. Apa
lagi, jom kita naik bilik and feeling-feeling bercuti. Lets check it out!
|
View dari entrance |
|
Katil king |
|
Tempat beradu |
|
View dari balkoni |
|
View dari balkoni |
|
View dari balkoni |
Lepas sembahyang, makan apa semua..dok bermalas-malasan
kejap kt atas katil tu. Amaani dah tak keruan tengok papa and mama dok rilex
lagi. Haha kitorang faham. So siap-siap la semua pakai baju mandi apa yang
patut. Then terus turun ke bawah.
Nah layanlah aktiviti kitorang selepas itu. Malas dah nak
cakap banyak. Hiks
Dah penat mandi swimming pool la, main sand dekat beach
la..kitorang pun naik la bilik. What a surprised, tengok-tengok ada kek ni kat
atas meja. Haha.
|
Complimentary ft THPD |
|
TQVM Thistle Hotel.
Malam tu keluar makan dekat Restoran Mesra Seafood kot.
Entah. Lupa plak nak snap gambar. Makan was awesome. Tapi ramainya lah umat
manusia dalam tu. Tapi kalau ramai orang tu tandanya sedap la kan. So sabar je
lah. Okayla semua lauk yang kitorang
makan. Actually masa nak order tu, boleh pulak waiter tu cakap udang and sotong
dah habis. Aduhh. So makan ni je lah. Makanan-makanan, silakan masuk.
|
Kailan ikan masin |
|
Lala masak sweet sour |
|
Siakap masak stim |
|
Ketam masak merah |
Siakap masak stim, lala masak sweet sour, ketam masak pedas
and kailan ikan masin. Perghh, meletss wa cakap lu. Semua total RM115.00. Mahal
tak? Macam mahal jek..haha tapi okayla sebab puas hati so tak cakap banyak. Haha.
Dah. Sudah makan jom balik hotel. Malam tuh lena la dengan
perut yang kenyang.
Keesokannya, lepas bangun semua orang kitorang pegi
breakfast dekat Fresh Café. Breakfast spread was fantastic. Okayla kena dengan
taste aku and wife. Amaani tak kisah, janji ada koko crunch dengan cornflakes
dia okay jek. Even omelette pun dia makan banyak pulak kali ni. Cun la tu.
Dah habis breakfast singgah kat tempat kid area sebelah swimming pool. Saja bagi Amaani main-main. Tengok la keletah dia ni.
Saja lepak-lepak.
Aku amik kesempatan untuk turun sorang-sorang mandi dekat pool dewasa. Ye la
semalam sepetangan teman Amaani mandi dekat pool kids ja. Hehe wife okay jek.
Dah naik lepas tuh, semua lepak-lepak layan tv. Call mintak
late check out. Dapatla latest by 1.00 o’clock. So lepas kemas-kemas, panggil
bellboy datang pick up beg kat bilik, kitorang pun turun ke lobi. Urusan check
out kat kaunter was smooth and very fast.
Then bid farewell la dekat hotel. Amaani dengan sweet and
cute nya ckp..”Bye-bye hotel..nanti Amaani dating lagi!” Haha..kau mampoo??
Hiks
Dah load barang apa semua dalam keta, then off we go.
Selamat tinggal Hotel Thistle. Indeed, that was a vey nice birthday celebration
for me personally. Dah xx tahun baru merasa celebrate befday kat hotel you.
Haha.
Dah keluar dari kawasan hotel tu, kitorang terus je cari
tempat makan dekat kawasan sekitar. Last sekali decide nak makan dekat Cowboy
Town sebelah Marina Condo tuh. Entah operate ke idak taktatu la condo tu. Macam
sunyi and haunted semacam jek tengok.
Dekat situ rupanya makanan dia takde banyak pilihan. Cuma
ada nasi kukus ayam panggang set dengan air tembikai or air limau. Wife order nasik kukus 2
set dengan ayam panggang extra quarter. Okay jugak la. Kat sini memang dah lupa
nak amik gambar. Cuma ada yang ni ja.
|
Add caption |
|
Nasi kukus ayam panggang |
Dah lepas selesai makan tu, perjalanan diteruskan la menuju
ke highway semula. Secara rasminya berakhir la percutian 2 hari 1 malam ke PD
kali ini. Yang tak best tu, fridge magnet lupa nak beli! Aduhh. Spoil sikit dah
sampai umah baru teringat..
happy belated birthday bro !
ReplyDeleteTqvm supermeng!
ReplyDelete