Monday, February 25, 2013

Thistle Hotel Port Dickson - Celebrate Befday Papa



Sempena hari jadi aku yang ke xx, wife and Amaani ajak pegi celebrate dekat tepi pantai.
Aku on je. Ye lah selain depa dapat seronok aku pun dapat ambil kesempatan untuk relax.
Yang paling best nanti I believe Amaani la. Swimming pool yang best dan beach yang boleh la akan menjadi hidangan dia sepanjang 2 hari 1 malam kat sana nanti.

Tapi sebelum bertolak menuju ke PD, wife dah janji dengan sorang tailor kat KL nun nak hantar kain untuk buat baju. Maklum la penghujung Mac nanti ada wedding kezen, so dia nak buat la baju baru. Aku malas la nak buat baju ke ape ke, pakai ja apa yang ada. Hiks

Tapi dalam perjalanan dari Putrajaya nak ke KL tu, aku lalu ikut MRR2. Sampai dekat area jerat Cina berhampiran susur Bandar Tun Razak tu, jalan jem gila! Tak gerak langsung kot. Aduhh.

Last-last aku decide call tailor tu, bagitau kitorang hantar kain tu next week la. Tak sanggup teman nak berlama-lama dalam jem cenggitu. Amaani pulak dah tak sabar-sabar nak kecebur kat hotel katanya. “Papa, papa bila kite nak sampai hotel ni..?”..Begitu soalan dia sejak sebelum naik keta lagi.

Okaylah so lepas dah decide nak teruskan je perjalanan ke PD, aku pun u-turn somewhere near Pandan kot, terus menghala semula ke Selatan.

Aku ikut highway kat Tol. Sg. Besi tuh. Then sampai kat Petronas one stop centre kat Seri Kembangan tu (ala yang ada macam-macam tu la, Starbucks la, Subway la, KFC la etc) berhenti pulak nak topup smart tag, beli newspaper and tak lupa jugak selesaikan apa-apa urusan di tandas. Hiks. Masa lalu sebelah Subway tu tempting ja nak beli apa-apa tapi wife cakap tak payah la. 

Ok fine.

Dah lepas tu kitorang gerak terus . Bila sampai ja dekat area RnR Seremban, Amaani tiba-tiba cakap lapar pulak. Adehh. Terpaksa la divert lagi route ke RnR Seremban tu. Then Nampak sign Dunkin Donut kat Petronas situ, and memang kudapan favourite Amaani is Donut biasa tu. SO tapau la dalam 2 ketul kat dia. Wife pun kata dia lapar jugak. So untuk wife dapat la croissant tuna ape ntah kat dia. Untuk aku? Air mineral sebotol. Jadi la.

Dah-dah. Asyik melencong ja perjalanan ni. Ayuhh teruskan perjalanan menuju ke puncak! Begitu bunyi nya kata koo. So kali ni takde divert-divert dah. Perjalanan diteruskan sampaila ke exit PD, then terus ke pekan Port Dickson.

Nah layan dulu gambar-gambar capapan yang tak seberapa ni. Mulanya nak amik gambar start dari KL lagi. Tapi tau lah aku, asyik lupa ja. Ni pun wife yang pegang handphone. So ada la sekeping dua gambar kan. 

Gambar-gambar picisan, silakan masuk.

On the way
Sayup pandangan


Budak yang excited

Baru sampai simpang 3 PD
Dah sampai pekan PD tuh, mula-mula kitorang terus cari kedai-kedai makan kat tepi jalan je. Nak tapau siap-siap before sampai hotel. 

Okay ni pintu masuk ke Thistle Hotel Port Dickson

pintu masuk
pintu masuk

THPD
 Lepas parking kereta, kitorang terus masuk ke lobby hotel and was greeted by a clown who blew balloon for kids. Tapi Amaani takut la pulak kat clown ni.Takpe, sementara diorang tunggu aku nak check in, wife and Amaani usharina swimming pool hotel yang superb itu dari kejauhan and Amaani was like “papa..mama..jom la mandi dkt swimming pool!!”.

Urusan check in agak ambil masa. Entahla. Rasa geram jugak kat sorang mat salleh depan aku tu. Macam banyak pulak soalan dia dekat minah di kaunter check in tu. Then sampai giliran aku.

Lepas dia check details aku apa semua, she smile and wish me “Happy Birtday, En. Azrin!”. Wahh!! Haha terkesima rama-rama aku di situ. Apa lagi, jom kita naik bilik and feeling-feeling bercuti. Lets check it out!

View dari entrance

Katil king
Tempat beradu

View dari balkoni

View dari balkoni

View dari balkoni
Lepas sembahyang, makan apa semua..dok bermalas-malasan kejap kt atas katil tu. Amaani dah tak keruan tengok papa and mama dok rilex lagi. Haha kitorang faham. So siap-siap la semua pakai baju mandi apa yang patut. Then terus turun ke bawah.

Nah layanlah aktiviti kitorang selepas itu. Malas dah nak cakap banyak. Hiks

Baru kecebur

Mandi
Excited
Si riang
Suasana di kid pool
Jalan ke beach
Jalan ke beach
View dr pool kid
Main pasir
Amaani the builder
Amaani the builder
Amaani the builder
Amaani the builder
Model laut lepas
Laut lepas
Buaian
Water sport
Team building
Pantai
Suasan di pantai
Aktiviti di pantai
Buaian-buaianan
Pastu masa dok lepak-lepak kat balkoni bilik tu..dapat la view sunset yang tak seberapa ni. Nah lihat.

Sunset
Sunset dari balkoni
Sunset
Sunset
Sunset dari balkoni
Sunset dari balkoni

Dah penat mandi swimming pool la, main sand dekat beach la..kitorang pun naik la bilik. What a surprised, tengok-tengok ada kek ni kat atas meja. Haha.

Complimentary ft THPD
TQVM Thistle Hotel.

Malam tu keluar makan dekat Restoran Mesra Seafood kot. Entah. Lupa plak nak snap gambar. Makan was awesome. Tapi ramainya lah umat manusia dalam tu. Tapi kalau ramai orang tu tandanya sedap la kan. So sabar je lah.  Okayla semua lauk yang kitorang makan. Actually masa nak order tu, boleh pulak waiter tu cakap udang and sotong dah habis. Aduhh. So makan ni je lah. Makanan-makanan, silakan masuk.

Kailan ikan masin
Lala masak sweet sour
Siakap masak stim
Ketam masak merah
Siakap masak stim, lala masak sweet sour, ketam masak pedas and kailan ikan masin. Perghh, meletss wa cakap lu. Semua total RM115.00. Mahal tak? Macam mahal jek..haha tapi okayla sebab puas hati so tak cakap banyak. Haha.

Dah. Sudah makan jom balik hotel. Malam tuh lena la dengan perut yang kenyang.

Keesokannya, lepas bangun semua orang kitorang pegi breakfast dekat Fresh Café. Breakfast spread was fantastic. Okayla kena dengan taste aku and wife. Amaani tak kisah, janji ada koko crunch dengan cornflakes dia okay jek. Even omelette pun dia makan banyak pulak kali ni. Cun la tu.

Dah habis breakfast singgah kat tempat kid area sebelah swimming pool. Saja bagi Amaani main-main. Tengok la keletah dia ni.









Saja lepak-lepak. Aku amik kesempatan untuk turun sorang-sorang mandi dekat pool dewasa. Ye la semalam sepetangan teman Amaani mandi dekat pool kids ja. Hehe wife okay jek.

Dah naik lepas tuh, semua lepak-lepak layan tv. Call mintak late check out. Dapatla latest by 1.00 o’clock. So lepas kemas-kemas, panggil bellboy datang pick up beg kat bilik, kitorang pun turun ke lobi. Urusan check out kat kaunter was smooth and very fast. 

Then bid farewell la dekat hotel. Amaani dengan sweet and cute nya ckp..”Bye-bye hotel..nanti Amaani dating lagi!” Haha..kau mampoo?? Hiks

Dah load barang apa semua dalam keta, then off we go. Selamat tinggal Hotel Thistle. Indeed, that was a vey nice birthday celebration for me personally. Dah xx tahun baru merasa celebrate befday kat hotel you. Haha.

Dah keluar dari kawasan hotel tu, kitorang terus je cari tempat makan dekat kawasan sekitar. Last sekali decide nak makan dekat Cowboy Town sebelah Marina Condo tuh. Entah operate ke idak taktatu la condo tu. Macam sunyi and haunted semacam jek tengok.

Dekat situ rupanya makanan dia takde banyak pilihan. Cuma ada nasi kukus ayam panggang set dengan air tembikai or air limau. Wife order nasik kukus 2 set dengan ayam panggang extra quarter. Okay jugak la. Kat sini memang dah lupa nak amik gambar. Cuma ada yang ni ja.

Add caption
Nasi kukus ayam panggang
Dah lepas selesai makan tu, perjalanan diteruskan la menuju ke highway semula. Secara rasminya berakhir la percutian 2 hari 1 malam ke PD kali ini. Yang tak best tu, fridge magnet lupa nak beli! Aduhh. Spoil sikit dah sampai umah baru teringat..