Monday, April 29, 2013

Standard Chartered Fun Run Putrajaya - 26 May 2013

Bangun!!...bangunnn!!
Jom kita larii...!!
 
Wah begitu aku berteriakan awal-awal pagi ni.


Alkisahnya aku baru lepas register untuk join Standard Chartered Fun Run Putrajaya on this coming 26th of May 2013. Initially I wanna join SCB run yang biasa tuh. Tapi tahun ni terlepas la. Dah penuh. And dah tutup pun registration yang tuh.

Takpelah amik yang area Putrajaya ni pun okay jugak. Dekat sikit. Tapi kenapa tahun-tahun sebelum ni tak pernah dengar pun eh program ni kat area Putrajaya ni? Ke aku yang terlepas pandang dan terlepas dengar?

Hiks.

Tak kesahla. Yang penting 26 May ni, aku dah register untuk 8km fun run tu. Bayar pun sudah. Tshirt pun akan diberi, tapi hanya kepada yang menamatkan larian sahaja. Nanti dah selesai lari bolehla g collect kat kaunter.

Okaylah. So pada sapa-sapa yang berada berhampiran dan berdekatan, and teringin nak join fun run ni, cepat-cepat la register kat sini ya:

 http://www.kl-marathon.com/Contents/view/1079

So check it out ya!

Day 4 in Korea: Public HR Policy, Pangyo Techno Valley Visit & Dinner With Malaysia Embassy in Seoul

Actually to have this opportunity to come and exposed to the life of Korean community and government official is something that is very valuable to me personally. I am so much in debt to the Malaysian Government for giving me the chance to see and feel Korea myself.

Kadang kala terasa macam mimpi jadi kenyataan pulak. My Mama in Penang know me better, because when I told her I have been selected for this course, she said, "Memang dari dulu lagi Mat dok sebut nak pi Korea kan..akhirnya jadi kenyataan"

Okay. Laporan diteruskan dengan aktiviti hari keempat. Seperti biasa selepas breakfast kat hotel kitorang bergerak ke COTI. Kelas hari ni adalah berkisar kepada Public HR Policy & System of Korean Governmnent. It was delivered by Mr. Park Kyung-Bae, a professor from COTI. He was previously a coordinator for Malaysian Official, like what our Mr. Park (he called him Junior Park, since both are 'Park' family) task now.


After lunch, we actually had our first on the ground visit to Pangyo Techno Valley. Pangyo ni area industri macam kalau kita di sini, Cyberjaya la. Banyak IT based company kat sini. And hari tuh kitorang visit 2 company kot, satu Korea Bio and LabGenomic.

Dah habis petang tu, kitorang pun bertolak balik semula ke hotel. Actually malam ni, embassy Malaysia di Seoul ada host welcoming dinner dengan kitorang. HE Ambassador Malaysia to Seoul, Dato' Ramlan bin Ibrahim pun turut join malam tu, bersama-sama dengan Kol. Aziz (Atase Defence), En. Rashid (MATRADE), Pn. Dinatra (PPL JPA) dan beberapa pegawai lain dari Kedutaan Malaysia.

The dinner was held at Moghul Restaurant at Itaewon. Untuk makluman, Itaewon ni merupakan kawasan yang paling banyak kalau nak cari makanan halal sebab banyak Turkish or Arab restaurant kat area sini. Masjid besar Seoul pun ada kat sini, tapi kitorang tak sempat nak menjejakkan kaki ke situ sepanjang trip kali ni.

Everyone was having fun time. Chit chat. Bergosip gosipan. Haha. Kat sini juga HE Ambassador sahkan tak perlu risau pasal ancaman yang kitorang dok tengok kat tv sejak dua menjak ada kat sana pasal North Korea nak serang South Korea kan. In shaa Allah takde apa-apa yang betul-betul serius lagi so far katanya.

So semua orang pun lega lah. Dah dapat official assurance from ambassador himself kan.


Memang best la. Kat dalam panas dengan heater and panas tempayan tempat diorang masak roti naan tu kan. Tapi bila keluar ja restoran masa nak balik tu, masyaAllah sejuk amet. Aku rasa maybe 0 degrees kot malam tu. Kitorang dengan just pakai suit ja. Yang perempuan pulak dengan berbaju kurung saja. Masing-masing cepat ja lari naik atas bas bila kat bawah tu.

Dalam lebih kurang pukul 9.00 malam kot, sampai hotel. Rest.

The end of day 4.

Thursday, April 25, 2013

Demam Pilihanraya: Apa Ada Hal?

Kabare wak?

Hiks.

Dulu masa sebelum diumumkan kata Parlimen nak bubar, semua orang rasa letih menunggu sebab dan selagi tak umum tarikh pilihanraya, selagi tuh la macam-macam berita yang entah betul entah tak betul disebarkan.

Sekarang bila dah Parlimen bubar, dah tau tarikh election, masing-masing tak sabar pulak nak pi mengundi. Semenjak dua menjak ni naik muak rasa dengan kisah itu kisah ini, kata orang tu kata orang ni. Haiyaa.

Senang jek. Kita kan negara demokrasi. Then act like one. Parti-parti yang masuk bertanding pun, tak perlulah nak londeh seluar orang lain. We, the people are smart enough (I think) untuk buat penilaian sapa yang sesuai, sapa yang layak untuk diundi. You guys should speak on what you can contribute, what you can promise to the people, thats it. Tak perlu rasanya nak menuding pada orang lain, nak cari salah orang lain sampai ke satu tahap yang kadang kala tak tercapai dek akalku bak kata Elyana.

Dont be ridiculous. Be rational. Kita dan Merdeka hampir 56 tahun kot. Merdeka bukan hanya dari segi negara bebas dari penjajah, but we have to also Merdeka dari segi fikiran. Berfikir dengan matang. We need fakta, bukan auta.

By doing so you (the calon) actually respect us, the voters. You just doing the talking, the promise, the commitment. And we, the people, the voters, do the judging, the voting.

Thats it ya. Simple.


HLP, COTI Report and Blogging

Lets break wit KitKat guys!

Hiks.

Okay sehari dua ni, aku dapat tau dalam website JPA dah keluar iklan pasal HLP tahun 2013. Tau tak HLP tuh apa? Hadiah Latihan Persekutuan der. Every year semua orang khususnya dalam perkhidmatan awam skim gunasama, tunggu peluang ni. This is the chance to those who plan to pursue their study to a higher level, fully sponsored!!

Aku memang ada plan nak mohon untuk further study tahun ni. Dah 2 tahun kot aku cakap macam ni. Tapi nak start tulis proposal tu yang selalu membantutkan aku nak proceed.

And tahun ni macam nak jadi lagi jek. Haha. Aku baru je sampai dari program EDP di Korea minggu lepas. Masa ni jugak lah aku nak kena buat report untuk submit kepada JPA. And pada masa yang sama ni jugaklah aku nak buat write up dalam blog aku yang umpama teratak usang ni (sementara still fresh dalam kepala ni kan).

Okay. Nekad.I need to still find time untuk buat proposal aku. Tempoh untuk submit permohonan through online (e-Sila) dalam laman web JPA start 22 April - 3 Mei 2013.

I will do it. I can do it!




Wednesday, April 24, 2013

Day 3 in Korea: Journey to Find Creative DNA & Korea Nightlife Own Experienced

-->
Continue..
Pagi tu macam biasa, dari hotel kitorang bertolak ke COTI dalam jam 7.50 am. Sepanjang perjalanan ada yang ambil kesempatan untuk tidur, ada yang melayan pemandangan kiri kanan jalan and ada yang berborak sesama sendiri.

Kelas hari ini adalah berkaitan kreativiti. Atau dalam jadual nama rasmi kelas hari ini adalah Journey to Finding Creative DNA. This class will be led by Dr. Jung Yong-Jin, Professor dari COTI sendiri. Berdasarkan intro, beliau merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang innovation where previously he was at LG, one of a leading electronic manufacturer company in Korea.   


Dalam kelas hari ini agak santai. Lebih kepada bagaimana untuk explore self potential dalam menjadi seorang yang kreatif. Kelas sangat enjoy, semua orang pun having fun. At first Dr. Jung try to converse in English. He said that was his first time giving lecture in English. Tapi halfway, maybe sebab rasa payah and takes time untuk dia sampaikan sesuatu, he used a translator untuk bagitau kitorang in English while he speaks in Korean language.

Wajah-wajah happy, having fun
Kelas kreativiti ni berlangsung seharian and continue even after lunch. Memang kreatif la semua orang hari tu.

Hiks.

Then after class, we moved back to hotel and reached hotel at about 6.00 pm.

Memandangkan dah tak ada apa lagi program malam tu, so we decided to venture to Dongdaemun area by ourselves. Dongdaemun actually sangat terkenal sebagai salah satu tempat untuk mencari souvenirs kat Seoul.

Selain tu, dekat Dongdaemun juga banyak shopping mall yang besar da nada juga pusat belian barang secara borong (clothes, books, hat, etc).

Maka bergeraklah kami secara berjemaah malam tu naik subway. Satu stesyen jek dari stesyen near to our hotel tu. Layanlah gambar di bawah ni.


Dalam lebih kurang pukul 11.00 pm kot, kitorang pun balik semula ke hotel.

The end of day 3

Day 2 in Korea: Odyssey in Korean History, Global Trends of Modernization Korea & NANTA Performance!

Continue..

Selepas breakfast, gerombolan dari Malaysia bertolak dari hotel  lebih kurang jam 8.00 pagi. Breakfast spread okay la. Tapi aku just amik roti croissant, bun and butter+strawberry ja, Nasi ada jugak sape-sape yang nak makan. Lauk pauk pun ada beef, chicken and seafood. Since dah ada beef bagai, so a big NO for me. Drinks okayla ada 3-4 jenis.

Sebelum tu, meh aku perkenalkan delegasi-delegasi dari Malaysia untuk program EDP ke 66 di COTI kali ni:

Jordan from JPM, Sallehuddin aka Hud Dean from Istana Perlis, Abdullah aka Pak Lah dari KPKT,  Shahril dari KDN, En. Othman dari Perhutanan Perak, Haizan dari Jab. Penjara, Safrudin dari KSM, Suraya aka Aya dari Audit, Fauzulizami dari MOE, Syena dari KSM, Eda dari JPA, Rafidah from KPWKM, Che Sally dari MOH, Hanie from MOH, Herlina from MOE, Lofina from NRE, Eny from KKLW, Ifah from SUK Kelantan dan Devi from NRE.

*Note: Gambar di bawah tak ikut susunan nama di atas ya. Those photos below are in random sequence ;)



Bas memang dah tunggu dekat lobi hotel. Jadual hari ni adalah majlis perasmian program EDP ni secara rasmi.  


Kemudian diteruskan dengan sesi kuliah pertama bertajuk Odyssey in Korean History by Dr. Kim Seong-Kon, Professor dari Seoul National University yang juga merupakan President of Literature Translation Institute of Korea.



After lunch, kitorang dibawa melawat kawasan COTI oleh Mr. Park. Mr. Park adalah pegawai penyelaras bagi program EDP COTI ni. Excited masing-masing sebab rasa cantik sangat even dalam compound COTI itself!

Hiks.





Selepas tu, sesi kuliah diteruskan dengan tajuk Global Trends of Administrative Modernisation and Korean Experience by Dr. Kim Pan-Suk, Dean at Yonsei University. He is also a President at IIAS. 

Semua lecturers yang dipanggil untuk bagi lecture kat kitorang all verse in English. And pada masa yang sama memang dapat tengok a very active participation between us and the lecturers during class session. Positive.



Lepas kelas, naik bas dan pulang semula ke hotel di Seoul. Our hotel situated right in the middle of Seoul. Yang paling best, just 3 minutes walking distance dari Subway stesen Eujiro 4-sa-ga. Very convenience.




Malam tu kitorang dibawa tengok live performance kt Myeong-dong. Korean Contemporary Performing Arts “Nanta”.  Very nice performance. Mula-mula ingatkan just persembahan main alat muzik tradisional Korea ja. Tapi rupa-rupanya it’s like a theater, berlakon but less talking. Just mainkan mimik muka berdasarkan situasi tertentu yang dinyatakan melalui skrin besar kepada penonton. Actually scene malam tu ialah:



>>Pengurus kitchen hotel hantar anak saudara dia yang tak pandai masak ke kitchen hotel - join dengan staf yang lain - misi adalah untuk masak dish befday party – ada pelbagai kisah lucu along the way – selang-seli dengan persembahan musical dance – then sambung berlakon – sekian>>




Sangat menghiburkan. Musical theater I must say. Pusing-pusing kejap kitorang kat kawasan Myeong-dong tu before masuk teater tadi. Time nak balik dah hujan lebat. So berlari-lari anak la semua ke Subway stesen Myeong-dong untuk balik ke hotel. 

Cadangan asalnya Mr. Park ajak balik jalan kaki je ke hotel. Dekat je pun, Dalam 15-20 minutes walk. Kalau jalan, bolehla sambil-sambil tengok kawasan sekeliling dengan lebih dekat kan. 

Takpelah next time. Malam tu takde rezeki.

The end of day 1.

Tuesday, April 23, 2013

Day 1 in Korea: Exposure Programme & Orientation

Continue..

Layan dulu gambar-gambar masa landing pagi tu.


Lepas keluar dari pintu airport, kami disambut oleh 3-4 orang manusia yang memegang sign COTI Malaysia. Ok. Manusia-manusia berkenaan adalah pegawai-pegawai dari Central Official of Training Institute aka COTI ni. There were Mr. Park Moon-Kyu, Program Coordinator, Mr. Kang Choong-Nam, Deputy Director, Ms. Jeong Hyo-Seon, Program Officer and Ms. You Jin-A, Intern Officer.

Dalam banyak-banyak tu, nama Mr. Park lah yang paling femes dikalangan peserti-peserta COTI dari Malaysia sebelum ni. Mark his name. There will be plenty of stories about him yang korang mesti rasa, wahhh..bagusnya orang Korea ni (ke dia sorang jek yang mcm tu? Hiks)

Waktu tu dah terasa sangat suhu yang amat berbeda dengan our home country, Malaysia. Dalam 5 degrees kot! Bercakap pun keluar asap dah. Haha.

Beg diangkut ke dalam satu lori khas. Kitorang semua naik bas eksekutif 3 seater. Along the way Mr. Park bagi pengenalan serba sedikit pasal program, pasal kawasan sekeling yang kami lalu. This guy has full of jokes.


Then lebih kurang 40 minutes ke 1 hour perjalanan, kitorang pun sampai ke Best Western Hotel Kuk Do. Time tu lebih kurang jam 9.30 pagi kot. Tapi luggage semua just unload ke lobby hotel ja. Kitorang terus diminta turun ke Conference Hall (Tulip Hall kot) kat aras -1 hotel untuk briefing.


Rupa-rupanya ada first assignment untuk kitorang pagi tu. Exposure Programme to Korean Society katanya. Ok.

So we were divided into 5 groups, 4 members each. Dalam grup aku ada Sarifuddin, Hanie and Syena. And each of us was provided with KRW20,000 each. Antara assignment untuk grup kitorang adalah:

 ::Find the King Crab and take photo in front of the store with shopper::

-      ::Find a seafood restaurant and eat and take photo of a seafood soup::

-      ::Sport activities together with the citizens or take a photograph::

Semua ni melibatkan kawasan Noryangjin Fisheries Wholesale Market dan Yeouido Han River Park. Maka berkelanalah kitorang menuju ke tempat-tempat tersebut berpandukan map Subway Seoul dan KRW20,000 tadi. Setiap grup ada assignment yang berbeza.

These are some of the photos that has been captured during the activity. Layann.


Lebih kurang pukul 4.00 petang kitorang selamat sampai ke hotel semula. We were the first team to arrive and settle the assignment ok. Hehe.

Lepas tu, ada simple presentation by each grup. Apa yang dipelajari, apa yang ditemui, pengalaman menarik etc. Semua present dalam keadaan yang sangat letih. Ya lah. Dari pagi tadi sampai kat airport sampai la ni dekat pukul 7.00 petang pun belum betul-betul relax lagi kan.

Dah habis semua, kitorang ada dinner kat café hotel. That was the first and the last time dinner kat café hotel. Maybe sebab itu malam pertama kitorang kat Seoul kan. Lebih kurang ini la makanan yang diserve. Ada lagi tapi aku tak amik gambar pulak.


Lepas selesai semua, masing-masing baru boleh berehat di bilik masing-masing. Legaaa.

The end of Day 1.

Monday, April 15, 2013

Hari Ke-9 di Republik Korea

Annyeong Haseyo


Guys

Sedar tak sedar dah sembilan hari aku kat Seoul ni. Memang setiap hari sentiasa pack dengan aktiviti. Balik hotel petang. Malam ja amik kesempatan keluar.

Tapi Dongdaemun, Insadong, Itaewon tetap sempat hokay. Demi kawan-kawan kat Malaysia yang teringin souvenir dari Korea.

Nanti sempat aku update ok. Nampak gayanya maybe lepas balik Malaysia la kot. Nak buat summary balik nanti satu hal jugak tu. Jenuh nak recall semua benda yang berlaku in a day, and every single day!

Takpelah aku cube rakamkan balik apa yang termampu nanti okay.

Adios.

Monday, April 8, 2013

Departure Day to Seoul, Republik Korea

Hi guys.

Okay aku tau benda yang aku nak cerita ni sebenarnya dah overtaken by event pun. Tapi tetap nak bagitatu kat sini kan.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, aku and other 19 participants terpilih untuk mewakili Malaysia ke Executive Development Program (EDP) di Republic of Korea pada 7 - 20 April 2013.

Flight adalah pada hari Sabtu, 6 April 2013 jam 11.30 pm. Lepas dah jumpa semua kat McD KLIA tu, kami pun masuk la ke International Departure dalam jam 9.00 malam kot. Sambil jalan sambil sembang dan baru nak berkenal-kenalan sesama sendiri.  maklum la mana ada peluang lagi nak beramas beramah mesra sejak tau sama-sama dapat ke EDP ni kan.





Dengan status Business Class yang kami dapat (walaupun dalam poket tak 'business class' sgt la jumlah not nya) , kami pun terus naik aerotrain ke Satellite Building, plannya nak lepak di Golden Lounge. Lepas dah pekena apa yang patut, masing-masing bergerak ke Gate C25 untuk boarding.


Tapi nak jadi cerita, ada announcement bagitau flight yang sepatutnya jam 11.30pm tu telah delay ke 1.30am!! Oh my english!..memang letih la nak tunggu kan. Then we decide to turn back and head for Golden Lounge, again. Tapi kali ni di Regional Golden Lounge sebab gate untuk boarding pun dah berubah ke G2.

Akhirnya kami pun boarding flight dalam lebih kurang jam 2.00am and masing-masing memang dah exhausted sangat. Tempoh penerbangan adalah 6 jam 30 minit ya.

Atas flight, aku tak boleh tidur. So sementara nak rasa ngantuk tu, diorang dah datang serve satay dengan kuah kacang. Safrudin sebelah aku dah selamat dibuai mimpi masa tu.


Lepas makan, aku layan in flight movie dulu sambil-sambil tengok flight status. Saja nak tau kat mana kedudukan flight from time to time. Cerita apa ntah aku tengok dalam tu, Life Of A Pi kot. Ada lebih kurang 50 in house movie, so jenuh jugak la nak pilih yang mana.

Dalam jam 6.00 pagi masa Malaysia, aku still tak dapat tidur yang. Sambil-sambil tu layan amik gambar sunrise yang dah mula muncul dalam jam 5.30 am kot. Beautiful.



Then sampai masa untuk stewardess serve breakfast. Aku pilih Mix Grill Chicken and Beef kot. Satu lagi dia offer nasi lemak. Memang dia ada bagitau sebelum tu diorang akan serve breakfast 2 jam sebelum landing. Lepas dah kenyang makan breakfast, aku layan music in flight. Sampaila akhirnya dah nampak negara Korea kat bawah. We flew on top of Jeju Island (accordong to monitor) tapi tak nampak apa pun sebab awan tebal.


Akhirnya, lebih kurang jam 8.00 pagi, kami mendarat di Incheon International Airport, Seoul.



To be continue..