Wednesday, March 27, 2013

Al-Fatihah & Alhamdulillah

As salam

Wahh..too many things happened in so little time..

Well maybe some of you guys already knew, my father in law has just passed away last Monday, 25th March 2013..semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..amin..Al-Fatihah

Al kisahnya, aku and family memang balik Alor Setar Sabtu lepas, purposedly routine visit la my FIL..then lepas rasa puas, wifey pun ajakla balik Putrajaya malam tuh lepas Isya' kot..sebab kami tak plan untuk cuti Isnin keesokannya.

After a long tiring driving malam tu, dalam jam 4.30am sampaila rumah di Putrajaya. Angkut barang, angkut anak naik bilik, then tido la kejap sementara nak tunggu pagi before bangun Subuh and siap nak pegi kerja. Suddenly, at 8.00 o'clock lebih kurang, wife dapat sms dari adik ipar stating "kak, ayah dah xdak dah"..MasyaAllah..Innalillahiwainna ilahirojiun..

Then, beg yang angkat beberapa jam lepas pun tak sempat punggah lagi, terus kemas balik apa yang patut angkut masuk kereta semula and patah balik semula ke Alor Setar. Mula-mula aku pertimbangkan jugak nak balik dengan flight jam 1.45pm hari tu, tapi bila fikir balik nanti payah pulak nak gerak masa kat sana nanti..Tapi masa kitorang sampai, arwah dah selamat disemadikan..takpelah tak lah ralat sangat sebab dah jumpa arwah boleh dikatakan sampai saat akhir dia lah malam tu before balik Putrajaya

Putrajaya-AOR-Putrajaya-AOR-Putrajaya in 4 days

Altogether  lebih kurang 2,000km milage sepanjang 4 hari tuh. Hari ini baru aku sampai balik ke Putrajaya solo, wife dengan Amaani stil di kampung. Esok Khamis diorang balik sini dengan flight. Saja bagi masa lama sikit untuk wife teman mak kat sana.

Then petang tadi, dapat satu e-mel dari JPA bagitau, aku salah sorang dari 20 orang yang terpilih untuk program Executive Development Program, COTI di Korea pada 7 - 20 April 2013.

Alhamdulillah thanks to Allah atas rezeki ini. Mungkin inilah hikmah terhadap apa yang berlaku dalam tempoh terdekat ni. Berkenaan COTI ni aku akan akan update kemudian di lain rancangan ya.

Sedikit petikan hadis untuk renungan bersama:

Doa Nabi s.a.w. kepada Abi Salamah r.a. ketika kematiannya sebagaimana yang diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a.:

“Rasulullah s.a.w. masuk kepada jenazah Abu Salamah (pada hari kematiannya) dan sesungguhnya matanya terbuka, lalu baginda memejamkannya (yakni baginda menutup kelopak matanya dengan tangan baginda). Kemudian Nabi bersabda: “Sesungguhnya ruh ketika dicabut, diperhatikan oleh mata (yakni ketika ruh ditarik keluar dari badan, mata melihat ke mana ruh pergi)”. Lalu beberapa orang dari keluarganya berpekikan. Maka Nabi bersabda: “Janganlah kamu menyeru kepada mayat-mayat kamu melainkan dengan suatu kebaikan kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan”. Kemudian Nabi s.a.w. berdoa:



اللَّهمَّ اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ

“Ya Allah! Berilah keampunan kepada Abi Salamah. Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk. Jadilah penggantinya bagi anak-anaknya yang masih tinggal. Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya, wahai Tuhan sekelian alam. Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya di dalam kuburnya”.

(Riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas menjadi dalil bahawa doa orang hidup akan memberi manfaat kepada si mati sekalipun doa itu bukan datang dari anaknya.

Friday, March 15, 2013

Soalan Interview

Meh aku nak sambung apa yang aku kena tanya masa interview hari tu. Tujuannya satu ja entry ni. Mesti ramai yang perlu untuk jadi guideline atau rujukan bila dipanggil interview in future kan. Macam aku dulu la dok cari info kat blog-blog. Tapi nan hado!

Buka buku masing-masing. Catat apa yang patut ya.

Setiap kali masuk dia randomly panggil 3 orang sekaligus. Aku kena dengan calon dari MOA dan dari MKN, JPM. Panel pulak ada 2 orang. Aku tak sure apa kriteria untuk jadi panel tapi obviously those 2 panels pernah join COTI sebelum ini. And aku dapat tau yang salah sorang panel yang inteview aku tu adalah Ketua Panel daripada kesemua 6 bilik yang ada kat situ.

Dalam erti kata lain, aku diinterview dalam bilik yang mengandungi Ketua Panel! Paham tak? Tak paham? Sudah, tutup. Esok baca balik baru paham kot. Hiks.

So macam biasa ada sesi BM and BI. Panel tanya sapa nak mula dulu. Aku tengok diorang lain senyap, so meh la aku volunteerkan diri. First dia suruh perkenalkan diri apa yang patut dan seterusnya bagitau apa expectation from joining this program.

Then soalan yang sama untuk lagi 2 orang tu. Aku dengar jek la yang lain-lain tu bagitau serba sikit pasal diri dan harapan diorang. Ada sorang tu cakap dia peminat Man Utd (dengan bangganya) sekali panel tu cakap, dia "orang no 1 yang paling benci Man Utd". Nah ko. Jackpot! Hiks

Lepas tu dia tanya apa persediaan untuk ke Korea ni. Apa yang kita tau pasal hal ehwal pentadbiran Korea. Apa Dasar Pandang Ke Timur yang diamalkan oleh Korea, dan diamalkan di Malaysia. Apa budaya Korea yang diketahui. Apa hubungan Bilateral antara Malaysia-Korea. Apa jenis barang import eksport Malaysia Korea. Siapa Presiden Korea sekarang.

Tak semua orang dapat atau kena jawab soalan-soalan tu. Macam randomly dia tanya you, you and you. Tapi after setiap soalan tu, dia akan open to floor sapa yang nak tambah atau bagi pendapat jugak. Aku rasa aku bagi pendapat dalam semua soalan-soalan tuh kot.

Hiks.

Last sekali, dia suruh kitorang bincang bertiga dan buat satu persembahan kepada orang Korea (kononnya diorang 2 tu orang Korea la). So aku lead la diorang tu bincang, then decide nak buat simple Dikir Barat performance. Haha. Boleh la. Ada tukang karut, ada yang main gong, ada yang tukang ikut. Aku yang mana? Haha. Adalah!

Dah habis tu, maka selesailah sesi interview kitorang petang tu. Dalam sejam jugak la rasanya duduk kat dalam bilik tu. Lepas habis buat wrap up, kitorang pun bersalam-salam and wish masing-masing good luck la kan untuk result nanti.

Macam tu la lebih kurang sesi interview untuk program COTI ni. Rupa-rupanya ada few batchmate aku yang pun sama mintak and dipanggil kali ni. Jibo Jerks MOH, Rezal INTAN, Maya INTAN, Aaina MAMPU, A'ina EPU, Tene MOTOUR, Dayah JPA and Sabri BTN.

Peluang untuk dapat? Hmm aku payah nak agak jugak tu. Dari segi performance sendiri tadi, rasa macam dah all out and give the best dah masa tu. Panel pun nampak okay dengan jawapan and respon aku. Entahla. Tu 'perasan' aku jek kan. Tapi mengenangkan bilangan yang dipanggil interview 200, yang nak diambik pulak hanya 20 orang ja, macam masak jugak la. 1/10 nisbah dia. Apa pun berserah sahaja sekarang dan kalau ada rezki aku ke sana, in sha Allah dapat la kan. Kalau sebaliknya, redha dan pasrah jek la. Hiks. Katanya results 25hb nanti via website JPA.

Watammat. Dah, apa korang tunggu lagi? Apa?? Nak nota fotostatt soalan interview tu??

*pitamm

Tuesday, March 12, 2013

Post Interview

Alhamdulillah

Selesai sudah interview aku. Sampai punyalah awal. Nak amik feel katanya. Ingatkan pukul 1.45pm sesi aku macam dalam surat panggilan. Sekali nah, aku antara orang last masuk.

Nantilah aku sambung inti interview tu. Sakarang banyak keje nak settle.

Ciow.

Signage. Credit to Dila@Adila Alias

Wednesday, March 6, 2013

COTI oh COTI

Apa?? Cuti? bercoti kah? Tidak kerja kah?

Nehi..nehi..COTI adalah singkatan kepada Program Pembangunan Eksekutif di Central Officials Training Institute.

Aku ada cuba mintak dar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masa program ni diopen last January. And to be surprised, Ive been informed that nama aku has been shortlisted (out of hundreds applicant) untuk sesi temuduga this coming Monday, 11th March 2013. Wahh. Ok first step dah lepas. Now  nak kena prepare untuk interview la pulak.

Okay nak kena riki apa la yang patut pasal course ni, negara tempat course ni dibuat. Tapi kat mana eh? Hehe. Its here..



Sebenarnya aku ni berkenan gila dengan negara ni lps baca entry pasal tempat-tempat menarik, suasana, secenery sana dari sahabat maya aku Meng d super hero. Tu yang agak berangan tu. Tapi berbalik pada rezeki la..kalau ada then sampai la aku ke sana dengan tajaan yang tu yang penting..tapi of course I could already foresee I cannot cover most of the place like Meng did.

So wish me luck ya!