MERDEKA!!
MERDEKA!!
MERDEKA!!
Begitulah lebih kurang laungan oleh Bapa Kemerdekaan Negara, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tanggal 31 Ogos 1957 dulu.
Sebagai anak Malaysia, sesungguhya aku berbangga menjadi sebahagian dari anak bangsa yang menjadi saksi kepada pembentukan sebuah negara bangsa yang berjaya dan berdaulat.
Namun, sebagai sebuah negara merdeka, menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama merupakan suatu tugas yang bukan mudah. Pujian dan hormat wajar kita panjangkan kepada pimpinan negara kerana disebalik tugasan yang pada sesetengah negara tak tercapai dek akal, kita mampu melaksanakannya, atas nama negara Malaysia.
Walau bagaimanapun, dalam setandan pisang bukan semuanya elok. Dalam kebanyakan keadaan, pasti ada sebiji dua yang buruk atau membusuk. Jangan hanya kerana sebiji dua ini, kita langsung menganggap setandan pisang tu sudah tidak berguna lagi. Apa yang penting, asingkan dan gunalah, makanlah pisang2 lain yang elok. Zat dan neutral yang dibawa oleh pisang2 tu tetap berguna dan bermanfaat untuk badan kita seperti mana yang diceritakan dalam buku Nutricious Food di kedai2 buku tu.
Ayuh, untuk seketika, ketepikan perbezaan pendapat, hayatilah dan renungilah pengorbanan orang2 lama dalam membawa negara kita mencapai kemerdekaan seperti mana hari ini.
Pada masa yang sama, segala percanggahan, kelompangan dan kekurangan yang dikenalpasti sewajarnya segera diatasi agar kita semua dapar terus bercakap, percaya dan berpijak atas platform yang sama demi kelangsungan sebuah negara yang Merdeka dan berjaya.
Untuk aku dan family pulak, cuti hari Merdeka ni kitorang tak pegi mana2 pun. Maklumlah, dengan keadaan aku yang 'macam ni'. Haa tu satu lagi punca kenapa aku sort of start balik menulis dalam blog ni. Aku 'cuti' yang agak lamaaaa skrg ni oii. Ok nanti next post aku cerita okehh.
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!
You are entitled to your opinion and I, mine. - A different point of view is simply the view from a place where you're not.
Sunday, August 30, 2015
Friday, June 12, 2015
Kak Zah Homemade Cookies - Tempahan Biskut Raya 2015 Kini Dibuka
Bagi yang biasa membuat tempahan, nama Kak Zah Homemade Cookies, Penang mariii bukanlah sesuatu yang asing.
Bagi yang baru pertama kali, saya ingin maklumkan bahawa Kak Zah itu adalah bonda saya sendiri ya, yang mengusahakan bisnes biskut raya sejak 20 tahun dulu!
Ok cakap banyak takmau, jom kita ushar koleksi biskut raya yang ada tahun ni. Zasss..
Jadi kepada yang berminat bolehlah hubungi saya untuk membuat tempahan sama ada call/Whatsapps/Telegram/SMS di talian 012-2526637 (AJ) ok..
Untuk makluman juga, saya berada di Presint 14, Putrajaya. Seperti biasa, penghantaran akan dibuat pada minggu ketiga bulan puasa atau selewat-lewatnya seminggu sebelum raya. Tetapi jika ada request untuk dapatkan awal dan sebagainya, juga boleh diuruskan ikut keselesaan customer saya ;)
So, selamat jamu mata dan jika sudi, jemputlah order ya!! ;)
Terima kasih :)

Macadamia Cookies (RM26/50pcs) |
Tart Nenas (RM25/50pcs) |
Red Velvet Cookies (RM26/50pcs) |
Almond London (RM27/50pcs) |
Cappucino Cookies (RM26/50pcs) |
Hati Kristal Cookies (RM26/50pcs) |
Tiramisu Cookies (RM27/50pcs) |
Cornflakes Chocolate Cookies (RM25/50pcs) |
Cashewnut Cookies (RM26/50pcs) |
Chocolate Chip Cookies (RM26/50pcs) |
Cashewnut Crunch Cookies (RM26/50pcs) |
Winter Sonata Cookies (RM27/50pcs) |
Dragon Ball Cookies (RM26/50pcs) |
Jadi kepada yang berminat bolehlah hubungi saya untuk membuat tempahan sama ada call/Whatsapps/Telegram/SMS di talian 012-2526637 (AJ) ok..
Untuk makluman juga, saya berada di Presint 14, Putrajaya. Seperti biasa, penghantaran akan dibuat pada minggu ketiga bulan puasa atau selewat-lewatnya seminggu sebelum raya. Tetapi jika ada request untuk dapatkan awal dan sebagainya, juga boleh diuruskan ikut keselesaan customer saya ;)
So, selamat jamu mata dan jika sudi, jemputlah order ya!! ;)
Terima kasih :)
Subscribe to:
Posts (Atom)