Tuesday, July 9, 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Kareem 1434H

Kepada semua

Aku ucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa pada tahun ni. Semoga amalan tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Macam biasa semalam yakni malam pertama Ramadhan, aku dan wife termasuk si kecik Amaani pergi solat tarawikh bersama. Biasanya kami pergi ke Masjid Besi tapi semalam ubah pulak ke Surau Presint 14. Actually surau ni surau baru, tak sampai sebulan siap. Tapi yela dah surau baru kan, semua orang pun berkobar-kobar la nak cuba try test kot. Penuh gila.

Takpela semua berebu-rebut nak dapat pahala kerjakan solat sunat tarawikh dalam bulan yang mulia ni kan. Eloklah tu.


Monday, July 8, 2013

Day 8 - 10: Korean Family Experience, Mount Cheonggye Climbing and Korean Exposure Programme

Yuk kita sambung bicara tentang cerita COTI di Korea.

Day 8

Sebenarnya aku lupa cakap dalam entry sebelum ni. Selepas balik dari cycling pagi tu, kitorang terus menuju ke kampus COTI untuk program seterusnya. Program tu ialah program keluarga angkat bersama keluarga Korea.

So masa menunggu ketibaan keluarga-keluarga Korea ke kampus COTI tu, kitorang sempat la dok berangan macam mana la keluarga angkat masing-masing. Ada dapat yang kaya kah, yang sederhana kah, yang susah kah. Haha. Tapi daripada kereta-kereta yang masuk ke COTI, waaa semuanya kelihatan macam keluarga dari area Gangnam (Actually Gangnam memang suatu kawasan yang elit di Seoul ok).

Finally aku dan seorang lagi member, Hud Dean ditempatkan dengan family Ms Kim. (matila tak ingat nama penuh 'mak angkat', haha). Tapi kalau korang nak tau, mak angkat aku adalah yang paling muda kat situ. DAN yang lebih penting, dia lah 'mak angkat' yang paling hott ok! Ada ala-ala pelakon Korea dalam cerita Full House tu. Haha. Hiks.

Dia ada 2 orang anak lelaki. Kim Song-Min dan Kim Song-Bin. Agak lincah dan manja. Jenis cepat mesra dengan orang luar. So sepanjang hari tu memang sesi beramas mesra ja la dengan keluarga angkat. Diorang ni tinggal kat apartment. Rumah takdela besar sangat. Ada anjing sekor. Hiks. Tapi agaknya sebab tau kitorang ni Muslim, anjing tu dikunci di luar, di balkoni rumah.

Tapi kereta ada 3 bijik. Kelas mewah plak tuh. Kereta Hyundai. Satu Hyundai Starex. Satu Hyundai Grandeur kot (takde model ni kat Malaysia). Satu lagi apa entah. Tak perasan pulak. Husband dia Manager dekat Hyundai. Tapi jarang ada dekat rumah.

Ooo. Patutla kereta Hyundai banyak. Hiks.

Malam tu dia bawak kitorang pegi ke program komuniti kat kawasan tu. ada nyanyi-nyanyi. Main games. Setiap family akan buat persembahan. Fun jugak la.

Day 9

Awal-awal pagi kitorang breakfast sama-sama dekat rumah. Makanan biasa Korea. yang pasti ada kimchi, ada soy milk. Bolehla. Sedap.

Then rupa-rupanya dia dah plan dengan mak-mak angkat yang lain nak bawak kitorang termasuklah few other families yang join program anak angkat ni pegi muzium kawasan tu. By the way, kawasan rumah diorang ni adalah Yongin. Lebih kurang 1-2 jam dari Seoul.

Pegi muzium. Agak dull la. Haha. Tapi layan jek la.



Persis gaya Raja Muda lawat kawasan x? Hiks

Tengah hari pegi lunch kat restoran Korea ramai-ramai. Pastuh, dalam jam 4.00 petang kot, dia pun hantar kitorang balik ke hotel di Seoul.

Actually experience tinggal dengan family Korea ni nice jugak. Korean people are very nice in treating guest. Cuma aku harap in future JPA akan panjangkan tempoh untuk program ni. 2 days 1 night macam agak singkat untuk betul-betul feel dengan real life of a Korean family.

Dekat hotel, malam tu macam biasa merayap ke area Dongdaemun and Insadong cari barang. Hiks.


Day 10

Waa hari ni ada misi yang lagi penting. Kitorang akan mendaki Gunung Cheonggye di Gyeonggi Province. Lebih kurang 45 minit perjalanan dari Seoul. Sesampai di kaki gunung, stretching lebih kurang.

Kitorang dipecahkan kepada 4 kumpulan. So hari tuh kitorang berpakaian ikut grup masing-masing. Grup aku color hijau pucuk pisang, kot? Hiks. Grup aku ada En. Othman, Aya, Syena and Hanie. Tinggi gunung tu setakat 615 meter dari aras laut ja. Tapi laluan agak berliku. Ada turun naik.

Sepanjang perjalanan naik kitorang berhenti dekat 3 check point. Setiap check point ada games-games tertentu. Fun jugak.

Lastly dalam 2 jam pendakian (jalan slow-slow ikut pace semua orang), sampaila kat atas tu. Makan bibimbap yang dibekalkan. Macam sushi jek. Tapi belasahla. Aku tak berasa lapar sangat pun. Penat pun tak berapa sangat maybe sebab sejuk kot. Memang sejuk. Dalam 8 degrees hari tu.

Kat atas lepak-lepak kejap, amik gambar lebih kurang, then turun semula. Terus naik bas balik ke hotel.



Esok akan menempuh perjalanan yang lebih jauh. Dan mengambil masa 3 hari 2 malam.

Sunday, July 7, 2013

Cruise Tasik Putrajaya

Okay bende nih dah lepas. Masa awal bulan Jun hari tu.

Actually befday wife aku der. 2 Jun. Aku dok fikir nak buat apa hari tu. Kebetulan hari tu hari Ahad. Tanya anak aku nak bagi apa kat Mama sebab hari ni besday Mama. Amaani pun jawab la.."Entah...".

Haha. Aku sungguh tak tipu okay. Itu jawapan anak aku.

Last-last fikir jomlah try naik Crise Tasik kat Putrajaya ni. Selalu nampak jek. Tak penah pun merasa naik. Aku try google info kt henpon aku pasal cruise tu. Then call untuk reservation. 2 orang setengah.

Okay siap. Aku book yang trip pukul 7.10 petang. Dalam pukul 6.30 petang baru nak terheg-heg keluar rumah. Hiks. Pastu nak cari parking area depan Masjid Putra punyalah azab. Lama gila. Last-last dapat jugakla parking tapi nun kat hujung donia. Then berlari-lari anak kami 3 beranak nak ke tempat naik bot tuh.

Nganm-ngam sampai kat depan kaunter tiket jam 7.15 petang. Mujur bot tak jalan lagi. Kami orang last yang naik kot. Haha. Okay ayuh kita naik bot.

Sepanjang lebih kurang 40-45 minit perjalanan tu, ada la sorang tourist guide cum auntie cum pengutip tiket yang dok explain pasal Putrajaya. Aku dengar kejap jek. Then kitorang keluar dok kat atas dek bot tuh. Amik angin and amik gambar sket-sket.

Nah saksikan.

Memang lawa view dari atas bot. Tambah pulak time tu time peralihan antara lewat petang nak ke senja. So memang lampu-lampu jambatan tambah mencantikkan kawasan sekeliling. Lampu bangunan pun sama. Lampu MAsjid Besi pun amazing, Awesomeness.

Bot ni start dari area souq kat bawah Masjid Putra tu, sampaila ke hujung tasik kat area Jambatan Emas. Dekat-dekat Pullman tu. Then dia patah balik ke tempat asal yang naik tadi tu.


Overall okayla experience petang  ni. Something new walaupun dah bertahun kami jadi warga Putrajaya. Hiks. 

Happy Befday mi Amor! ;)

Friday, July 5, 2013

Day 5 - 7 in Korea: On Job Training (OJT), Presentation and Cycling in Korea

Salam uolss

Okeh aku tau entry pasal isu ni dah basi untuk ditopikkan..tapi tak mengapa..hati abang macam kembali cekal untuk bersembang dengan korang pasal cerita ni..tapi aku akan buat short and more to photos sajork hokey?

Moh kite.

Day 5:

Pengalaman On Job Training di agensi kerajaan di Korea. Actually untuk program ni kami diassignkan seramai 4 orang satu grup..dan grup aku adalah Hud Dean, Jordan and Hanie. Agensi yang kami pi hari tu adalah Ministry of Security and Public Administration (MOSPA) dan Gu-ro District Office.

Dekat MOSPA tu sempatla belajar and tengok pasal sistem cuka di Korea, they called it Local Tax Information System (WeTax). Selain tu, kami jugak dapat pendedahan tentang Urban Security and Patrol System oleh 'polis' Korea. Memang hebat jugak la device-device yang diorang ada. Siap bagi pada setiap family yang ada anak umur 10 tahun ke atas (setiap anak dapat 1 device dari kerajaan hokey).

Lepas tu kami lepas lunch pulak kami pi ke Gu-ro District Office. Atau kat sana district ni dikenali sebagai Gu-ro 'Happy' City. Hiks. Lucu pulak rasa ada happy kat situ.

Dah. Tula lebih kurang aktiviti kitorang masa OJT hari tu.


Day 6

Hari ni masuk kelas balik semula. Kuliah Change Management disusuli dengan presentation dapatan setiap kumpulan masa sesi OJT semalam.

Sesi petang bersama profesor dari Korea Institute of Science and Technology (KAIST), Dr. Lee. Orangnya muda. Dalam 30-an rasanya. He's a genius dan sangat approachable. KAIST ni kalau kat luar macam Harvard, or Royal Melbourne Uni. Specialist center untuk engineering di Korea.

Day 7

Hari ni kitorang dibawa berbasikal di satu area, agak outskirt dari Seoul. Dalam sejam setengah jugakla perjalanan dari hotel ke tempat permulaan ride ni.

Dan seperti biasa, kayuhan ni akan menyusuri Sungai Han yang terkenal tu. Very mesmerizing experience. Dalam 15km jugak kot berkayuh pagi tu. Okayla. Berpeluh walaupun susah nak keluar peluh dalam suhu 5 degrees and windy pagi tu!

Nah lihatlah.